Pengerusi Perkumpulan
Kempling Parit Kassan, Encik Wahid Mohd Rebin sedang menerima sumbangan berupa
pakaian seragam untuk ahli perkumpulan yang diserahkan oleh bekas Pengarah
Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor, Encik Mohd Razy Mohammad Nor sempena
majlis berbuka puasa pada 05 Disember 2001.
Pada 20 September 2001,
Eurofine (M) Sdn. Bhd. telah membuat rakaman permainan kempling Perkumpulan
Kempling Parit Kassan untuk disiarkan dalam segmen Momento rancangan Perspektif
ASEAN siaran TV1 RTM. Rancangan ini telah disiarkan pada 25 Mac 2002.
Perkumpulan Kempling Parit Kassan
Muar
sedang mempersembahkan permainan kempling di kediaman Bekas Ketua Polis
Negeri Melaka, Datuk Abd Malek Abd Hamid sempena majlis perkahwinan anak beliau pada 13
Julai 2001.
Pada
22 Disember 2001, Perkumpulan Kempling Parit Kassan, Muar telah diundang untuk
membuat persembahan pada majlis Rumah Terbuka Malaysia 2001 Sempena Sambutan
Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan di Dataran Bandaraya Johor Bahru
anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan
Negeri Johor.
Pada
9 April 2002 syarikat
Productive Impact (M) Sdn. Bhd. penerbit rancangan KHAZANAH IRAMA siaran TV1 RTM
telah membuat penggambaran permainan KEMPLING yang disesuaikan untuk majlis 'Turun
Tanah' kanak-kanak dan majlis berkhatan. Rancangan ini telah disiarkan pada 3
Julai 2002 bersama pengacaranya Zainal Abidin (Headwind) dan
pengarahnya Nordin 'Nana' Wanchik. Terima kasih juga kepada Encik Abu Bakar Long
yang turut sama mengetengahkan permainan kempling ini untuk tatapan generasi
muda di nusantara.
Perkumpulan
Kempling Parit Kassan, Muar telah membuat persembahan pada majlis
Pertandingan Kompang Kreatif JPMM DUN Serom-RMJ 2002 sempena Program Mesra
Bersama Radio Malaysia Johor di padang Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir
pada 31 Mac 2002.