Make your own free website on Tripod.com

 Main Kempling  Logo Kempling Perkumpulan Kempling Parit Kassan

SEJARAH PERMAINAN KEMPLING PERALATAN PERMAINAN KEMPLING JAWATANKUASA PERKUMPULAN KEMPLING PARIT KASSAN KERATAN AKHBAR / RENCANA GALERI FOTO

DENGARKAN MUZIK KEMPLING PENGHARGAAN UNTUK KAMI PAUTAN KE LAMAN PILIHAN CORETKAN KUNJUNGAN ANDA DI SINI HUBUNGI KAMI

Penghargaan Kepada Kami pangaharagaalifhamzahnun

 

Pengerusi Perkumpulan Kempling Parit Kassan, Encik Wahid Mohd RebinSerah Baju Seragam sedang menerima sumbangan berupa pakaian seragam untuk ahli perkumpulan yang diserahkan oleh bekas Pengarah Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor, Encik Mohd Razy Mohammad Nor sempena majlis berbuka puasa pada 05 Disember 2001.

 

Rakaman Perspektif Asean TV1Pada 20 September 2001,  Eurofine (M) Sdn. Bhd. telah membuat rakaman permainan kempling Perkumpulan Kempling Parit Kassan untuk disiarkan dalam segmen Momento rancangan Perspektif ASEAN siaran TV1 RTM. Rancangan ini telah disiarkan pada 25 Mac 2002.

 

Perkumpulan Kempling Parit Kassan Muar Rumah Datuk Malek Abd Hamid, Ketua Polis Melakasedang mempersembahkan permainan kempling di kediaman Bekas Ketua Polis Negeri Melaka, Datuk Abd Malek Abd Hamid sempena majlis perkahwinan anak beliau pada 13 Julai 2001.

 

Sijil Penghargaan Rumah Terbuka Aidilfitri Kebangsaan 2001Pada 22 Disember 2001, Perkumpulan Kempling Parit Kassan, Muar telah diundang untuk membuat persembahan pada majlis Rumah Terbuka Malaysia 2001 Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan di Dataran Bandaraya Johor Bahru anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor.

 

Latihan KemplingPada 9 April 2002 syarikat Productive Impact (M) Sdn. Bhd. penerbit rancangan KHAZANAH IRAMA siaran TV1 RTM telah membuat penggambaran permainan KEMPLING yang disesuaikan untuk majlis 'Turun Tanah' kanak-kanak dan majlis berkhatan. Rancangan ini telah disiarkan pada 3 Julai 2002 bersama pengacaranya Zainal Abidin (Headwind) dan pengarahnya Nordin 'Nana' Wanchik. Terima kasih juga kepada Encik Abu Bakar Long yang turut sama mengetengahkan permainan kempling ini untuk tatapan generasi muda di nusantara.

 

Pukul JidurPerkumpulan Kempling Parit Kassan, Muar telah membuat persembahan pada majlis  Pertandingan Kompang Kreatif JPMM DUN Serom-RMJ 2002 sempena Program Mesra Bersama Radio Malaysia Johor  di padang Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir pada 31 Mac 2002.

 Perkumpulan Kempling Parit Kassan, Muar